Apa Itu Hibah?
Apa Itu Hibah? (Adakah penama pemilik mutlak wang KWSP) Hari semalam dan hari ini masih topik berkenaan hibah. Agak berat untuk dibincangkan namun ia adalah sebahagian tugas Perunding Takaful mendidik masyarakat terutama muslim. Apa itu hibah takaful? Ia adalah hadiah atau pemberian sebagai tanda kasih sayang kepada kepada orang tersayang jika ditakdirkan kita perlu dahulu. Ia boleh hibahkan kepada isteri/suami, anak-anak mahupun ibu/bapa. Apa keperluan *Hibah* Takaful? 1) *Sebagai penghapus hutang* - Islam sangat menitik beratkan soal hutang. Sehingga nabi s.a.w bersabda “Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”. Jika suami meninggal, orang akan cari isterinya untuk menuntut hutang, bet...