Kelebihan Hibah Dalam Takaful
Hibah dalam takaful pula ialah pemberian sejumlah wang manfaat
daripada sijil takaful yang diambil. Si pemilik sijil takaful akan menamakan
seseorang untuk menerima wang manfaat dari sijil itu setelah berlaku kematian
si pemilik sijil. Wang manfaat ini akan menjadi milik mutlak penama yang
dinamakan oleh pemilik sijil semasa hayatnya tanpa melalui proses pembahagian
harta pusaka mahupun faraid. Dengan kaedah hibah ini, banyak permasalahan dapat
diselesaikan dengan cepat, ringkas dan lancar.
Hibah dapat menyelesaikan masalah-masalah biasa yang dihadapi
oleh waris apabila berlakunya kematian seseorang seperti :-
1.
Mengelakkan proses di mahkamah yang panjang dan memerlukan kos
guaman
2.
Mengelakkan perebutan harta sesama ahli keluarga kecil dan besar
3.
Hilang minat menguruskan harta si mati memandangkan proses yang
pelbagai dan leceh
4.
Bermasam muka sesama ahli keluarga sendiri
5.
Harta tidak dituntut langsung oleh waris
Mengapa perlu gunakan hibah takaful? Jawapan ini sungguh popular
tetapi masih ramai yang mengambil ringan soal ini. Selepas dari kematian
seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan :-
1.
Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
2.
Hal pembahagian harta pusaka
3.
Hal penyelesaian hutang-piutang
Bagaimanakah hendak menyelesaikan hal-hal di atas sekiranya
waris ketiadaan wang lebih-lebih lagi hal hutang-piutang yang ditinggalkan? Di
sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu!
Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah
diterima terus ke akaun penama. Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!
Kehidupan dan masa depan keluarga juga terjamin dengan adanya
wang manfaat yang telah dihibah terus kepada isteri sebagai contohnya. Tidak
perlu proses akuan pindahmilik.
Berapa banyak yang perlu dihibahkan? Hibahkanlah seberapa banyak
yang mencukupi untuk keperluan keluarga mengikut kemampuan kita. Seeloknya
untuk 10 tahun. Paling tidak pun 3 tahun. Atau selemah-lemahnya kita,
hibahkanlah untuk keperluan 1 tahun keluarga kita bertepatan dengan firman
Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 240.
Hibah takaful ini tidak susah. Ambil satu polisi yang memberi
coverage atas kematian dengan nilai manfaat yang kita kehendaki. Satu juta? Dua
juta? Setengah juta? Semua pun boleh ikut keperluan dan kemampuan setiap keluarga.
Berikut saya kongsikan anggaran caruman bagi menyediakan hibah takaful untuk
keluarga tercinta. Harganya tidak mahal. Lagi cepat lagi murah!
Hubungi saya terus untuk tawaran hebat ini! Mungkin dapat lebih
murah!
http://www.wasap.my/60134618115
:phone:0134618115
:telephone_receiver:0134618115
:iphone:0134618115
#GreatEasternTakaful #Hibah #medicalcard #medikalkad #medicalkad #medikalkadterbaik #medicalkadterbaik #takafulmedikalkad #takafulmedicalcard #medicalcardtakaful #insurans #insurance #kerjaparttime #jobvacancy #workfromhome #sales #salesjob #carikerja #kerjakosong #kerjadarirumah #kerjabest #kerjasenang #kerjamudah #takafulpenting #takaful #fulltimeagent #BerjayaBersama #AspireTeam
:phone:0134618115
:telephone_receiver:0134618115
:iphone:0134618115
#GreatEasternTakaful #Hibah #medicalcard #medikalkad #medicalkad #medikalkadterbaik #medicalkadterbaik #takafulmedikalkad #takafulmedicalcard #medicalcardtakaful #insurans #insurance #kerjaparttime #jobvacancy #workfromhome #sales #salesjob #carikerja #kerjakosong #kerjadarirumah #kerjabest #kerjasenang #kerjamudah #takafulpenting #takaful #fulltimeagent #BerjayaBersama #AspireTeam
Hibah Takaful membantu keluarga anda terus hidup selesa dan
terjamin!
Comments
Post a Comment