Kelebihan Produk Great Eastern Takaful



*Kelebihan Produk Great Eastern Takaful*

Ada yang tanya pada saya. Mengapa nak kena pilih Great Eastern Takaful?
Apa lebihnya Great Eastern Takaful berbanding yang lain?

Untuk itu, saya kongsikan la sedikit sebanyak mengenaikelebihan produk-produk dari Great Eastern Takaful seperti berikut :-

*1-Konsep hibah*

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

*2-Towing service*

Sekiranya anda merupakan pemegang Medical Card dari Great Eastern Takaful, secara automatik anda layak untuk mendapat perkhidmatan towing dari Asia Assistance. Perkhidmatan ini sangat penting untuk membantu anda menjimatkan kos sekiranya mengalami kemalangan jalan raya atau kerosakan kenderaan. Towing services ini adalah percuma bagi RM300 pertama untuk setiap kes. Sekiranya nilai towing services anda lebih dari RM300, anda hanya perlu membayar nilai yang selebihnya sahaja.

*3-Medical Card TIADA Ko-Takaful*

Great Eastern Takaful menawarkan medikal kad dengan pilihan Tanpa Ko Takaful. Pelanggan boleh menaik taraf bilik (Room & Board) tanpa bimbang dgn bayaran bill hospital yg mahal. Ini bermakna, semahal mana pun bil yang anda terima, anda hanya perlu membayar beza harga bilik yg dinaiktaraf,cukai dan caj-caj lain yang tidak ditanggung oleh Medical Card.

*4-Had Medical Card seumur hidup yang tinggi*

Demi memudahkan anda ketika berusia nanti, Great Eastern Takaful bersetuju untuk memberikan Had Seumur Hidup yang tinggi bagi Medical Cardnya. Anda boleh memperoleh perlindungan sehingga RM 2 Juta seumur hidup dengan harga yang amat berpatutan.

*5-Khairat kematian yang kompetitif*

Perbelanjaan pengkebumian merupakan antara perkara yang perlu diambil berat sekiranya berlaku kematian. Untuk itu Great Eastern Takaful memberikan sebanyak RM2,000 bagi proses pengurusan jenazah untuk dikebumikan. Nilai ini dianggap relevan dan kompetitif pada masa kini.

*6-Elaun MC akibat kemalangan*

Sekiranya anda mengalami kemalangan dan terpaksa MC untuk tempoh yang panjang, elaun MC akan diberikan mengikut nilai perlindungan kemalangan anda. Ini bermakna MC anda akan dibayar berpatutan dengan perlindungan bahagian kemalangan anda.

*7- Elaun Hospital*

Sekiranya anda ditahan wad anda akan diberi elaun serendah RM50 utk sehari (minimum 8jam), dengan elaun Hospital ini anda dapat menggunakan sebagai ganti rugi kerana anda hilang pendapatan kerana tidak bekerja mengikut berapa hari anda berada di Hospital.

*8- Penyakit Awal Kritikal*

Apabila seseorang sudah disahkan oleh doktor mengalami penyakit kritikal pada peringkat awal sudah boleh membuat tuntutan.

Contohnya:
Seseorang disah kegagalan sebelah buah pinggang, tuntutan sudah boleh dibuat untuk membuat rawatan seterusnya.

*9- 36 penyakit kritikal yang lebih banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia*

Great Eastern Takaful melindungi 36 Penyakit Kritikal yang popular dan lebih sinonim dengan Rakyat Malaysia. 36 Penyakit itu termasuklah :-

1. Penyakit Arteri Koronari
2. Penyakit Arteri Koronari yang Serius
3. Penggantian Injap Jantung
4. Pembedahan Aorta
5. Kardiomiopati
6. Ensefalitis
7. Tumor Otak
8. Meningitis Bakteria
9. Penyakit Neuron Motor
10. Penyakit Parkinson
11. Penyakit Alzheimer
[2:40:02 PM:lzheimer
12. Poliomielitis
13. Sklerosis Berbilang
14. Sindrom Apalik
15. Lumpuh
16. Koma
17. Hilang Keupayaan Diri
18. Hilang Penglihatan
19. Hilang Pendengaran
20. Hilang Pertuturan
21. Kanser
22. Anaemia Aplastik
23. Trauma Kepala Utama
24. Luka Terbakar Teruk
26. Kegagalan Buah Pinggang
27. Penyakit Hati Kronik
28. Hepatitis Virus Fulminan
29. Serangan Jantung
30. Penggantian Injap Jantung
31. Hipertensi Pulmonari Arterial Primer
32. Pembedahan Otak
33. Strok
34. Lumpuh Paraplegia
35. Penyakit Paru-Paru
36. Distrofi Otot

Begitulah antara kelebihan produk Great Eastern Takaful berbanding pengendali takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.

:iphone:0134618115

Comments

Popular posts from this blog

Kelebihan Hibah Dalam Takaful

Apa Itu Hibah?